Ketua jurulatih Austria, Ralf Rangnick, percaya Julian Nagelsmann boleh menikmati kisah yang sangat menarik jika dia mengemudi Tottenham.

Bekas pengurus sementara Manchester United itu menilai Tottenham sebagai sebuah kelab yang berpotensi besar dan percaya ia boleh menjadi langkah ideal yang seterusnya buat bekas pengendali Bayern Munich tersebut.

Nagelsmann menjadi calon utama untuk mengisi kekosongan di Chelsea sebelum dia menarik diri daripada pencalonan itu, seolah-olah membuka jalan untuk pelantikan Mauricio Pochettino.

Selepas mengundang perhatian peminat sepanjang tempoh kejayaannya bersama Hoffenheim dan RB Leipzig sebelum membawa Bayern menjulang kejuaraan Bundesliga musim lalu, Nagelsmann dianggap mempunyai sentuhan yang mengagumkan memandangkan dia baru berusia 35 tahun.

Bercakap kepada penyiar Jerman Sky Sport mengenai potensi Spurs melantik Nagelsmann, Rangnick berkata: "Ia boleh menjadi cerita yang sangat, sangat menarik.





"Ada ruang untuk penambahbaikan malah banyak ruang untuk penambahbaikan,

"Namun, ini bukan kelab yang anda harapkan untuk menduduki tempat teratas, dua atau tiga dengan sekelip mata."