Pemain kelahiran Brazil, Rafaelson Bezerra Fernandes, menjadi pemain warisan yang akan memperkuatkan skuad Naga Emas selepas dikhabarkan telah menerima kewarganegaraan Vietnam, semalam.

Ringkasan AI

• Pemain Brazil, Rafaelson Bezerra Fernandes, telah menerima kewarganegaraan Vietnam dan akan memperkuat skuad Naga Emas
• Dia kini beraksi untuk Nam Dinh dan telah menjaringkan banyak gol
• Kehadirannya di skuad Vietnam akan memberikan cabaran kepada pasukan lawan


Pemain berusia 27 tahun itu kini beraksi buat pasukan Nam Dinh dan telah menjaringkan 28 gol dan tiga bantuan jaringan.

Malah, dia juga telah melengkapkan tempoh lima tahun beraksi di Liga Vietnam seperti peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).




Sepanjang berada dalam liga utama Vietnam, pemain berusia 27 tahun itu telah beraksi dalam 93 perlawanan dengan telah menjaringkan 64 gol dan 13 bantuan jaringan.

Kehadiran Rafaelson semestinya akan memberikan cabaran buat pasukan lawan sekali gus memperkuatkan jentera serangan Vietnam untuk bersaing di peringkat tertinggi nanti.