Pep Guardiola menegaskan bahawa sebarang desakan untuk jadual perlawanan yang lebih baik seharusnya datang daripada barisan pemain.

Ringkasan AI

• Guardiola menyatakan bahawa pemain harus menyuarakan sebarang keperluan untuk jadual perlawanan yang lebih baik
• Rodri menyuarakan kebimbangan mengenai beban kerja yang meningkat
• Guardiola juga mengatakan bahawa Kevin de Bruyne mungkin terlibat dalam perlawanan dengan Arsenal
• Guardiola mengakui kekuatan Arsenal dan mengatakan perkembangan mereka adalah soalan yang lebih baik ditanya kepada Mikel Arteta
• Guardiola memuji Arsenal dan Arteta tetapi juga menegaskan bahawa Manchester City tetap satu daripada pasukan terbaik



Reaksi pengendali Manchester City itu hadir selepas pemain tengah Rodri menyuarakan kebimbangan bahawa pemain-pemain mungkin berdepan beban kerja yang meningkat.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu akan berdepan Arsenal pada Ahad ketika penyandang juara berkenaan memasuki fasa jadual padat dengan tujuh perlawanan dalam tiga minggu.


"Banyak suara yang bercakap mengenainya.

Jika sesuatu memerlukan perubahan ia mesti datang daripada pemain-pemain.

Perniagaan boleh tanpa pengurus, tanpa pengarah sukan, tanpa media, tanpa pemilik, tetapi tanpa pemain, perlawanan tidak mungkin dapat dimainkan.

"Isu ini bukan sahaja disuarakan Rodri, ia juga disuarakan sejumlah besar pemain, dan bukan sahaja di negara ini, tetapi juga seluruh dunia apabila orang-orang mula memperkatakannya, jadi kita tunggu dan lihat," kata Guardiola.

Sementara itu, Guardiola berkata, status Kevin de Bruyne untuk perlawanan di Stadium Emirates berkenaan masih samar selepas kaptennya terhencut-hencut pada separuh masa pertama ketika seri 0-0 dengan Inter Milan dalam Liga Juara-Juara, dan tidak bermain pada separuh masa kedua.

"Dia berasa lebih baik hari ini. Esok kita berlatih dan kita akan lihat. Dia mungkin terlibat," kata Guardiola lagi.

Pertembungan hujung minggu ini menampilkan juara liga dan naib juara dari dua musim lalu yang belum tewas setakat ini sekembali daripada tugasan Liga Juara-Juara pertengahan minggu.

Manchester City kini mendahului liga selepas empat perlawanan merupakan sebagai satu-satunya pasukan dengan rekod 100 peratus.

"Setiap musim Arsenal menjadi lebih kuat, apabila berkaitan dengan skuad. Musim sebelum ini pun lebih baik dan kini semakin lebih baik," kata Guardiola.



Ditanya mengenai perkembangan Arsenal, Guardiola berkata, itu adalah soalan yang lebih baik ditujukan kepada pengendali Mikel Arteta.

“Kerana jika saya mengatakan sesuatu, mereka pula akan mengatakan saya bermain psikologi atau sesuatu seperti itu.

"Saya sentiasa mempunyai pandangan tinggi terhadap dia dan Arsenal.

Dua musim sebelum ini pun mereka terus menghimpit rapat, tetapi kami juga begitu kuat, dan masih antara pasukan terbaik,” kata Guardiola.

LIGA PERDANA INGGERIS

AHAD (22 SEPTEMBER)

Brighton lwn Nottingham Forest, 9 malam

Manchester City lwn Arsenal, 11.30 malam - Sinar