Pemain sayap Wales, Louis Rees-Zammit, percaya dia kini lebih pantas berbanding musim lalu dan bersedia untuk memperkasakan negaranya dalam aksi Piala Dunia Ragbi bulan depan.

Pemain berusia 22 tahun sudah mula membina reputasi sebagai antara penggempur terbaik dalam dunia ragbi berdasarkan kepantasan yang dimilikinya ketika melakukan try.

Dan kini, Rees-Zammit akan melakukan penampilan pertamanya di pentas terbesar dunia itu, yang sudah pasti akan menggamit tumpuan peminat dari seluruh dunia dengan kemahiran yang dimilikinya.

Ditanya mengenai kepantasannya berbanding setahun lalu, bintang Gloucaster itu berkata: "Saya boleh katakan yang saya kini lebih pantas.

"Saya rasa lebih cergas berbanding sebelum ini dan saya tidak sabar untuk beraksi. Jika dibandingkan, saya sememangnya lebih pantas berbanding musim lalu.

"Dengan lebih cergas, saya dapat mengulanginya sepanjang hari. Dengan dapat melakukannya sekali atau dua kali, ia sudah cukup bagus. Saya perlu memahirkan diri dan terus melakukannya.

"Kem latihan di Switzerland dan Turki telah mencapai jangkaannya. Ia perkara paling sukar pernah saya lakukan.

"Saya berasa amat cergas sekarang. Saya sudah bersedia untuk beraksi. Saya sudah bersedia untuk bermain. Kami semua sudah bersedia," katanya.