Wojciech Szczesny membuat pertaruhan dengan Lionel Messi semasa pertembungan Piala Dunia Qatar Poland menentang Argentina bahawa pengadil tidak akan memberikan penalti, dedah penjaga gol itu.

Penjaga gol Juventus itu menafikan sepakan penalti Messi dari pada separuh masa pertama ketika Poland tewas 2-0 dalam Kumpulan C berikutan keputusan kontroversi, di mana Danny Makkelie memberikan sepakan penalti selepas membuat penilaian VAR.

Szczesny antara yang yakin bahawa ia tidak sepatutnya diberikan penalti, malah membuat pertaruhan dengan Messi semasa penangguhan permainan -- walaupun dia tidak berniat untuk membayar.

"Kami bercakap sebelum sepakan penalti. Saya memberitahu kepada Messi bahawa saya mahu bertaruh EURO100 pengadil tidak akan memberikan sepakan penalti. Saya tewas dalam pertaruhan itu," katanya.

"Saya tidak tahu sama ada itu dibenarkan di Piala Dunia dan saya mungkin akan digantung kerana perkara itu tetapi saya tidak kisah sekarang. Saya juga tidak akan membayar kepadanya! Saya rasa Messi pun tidak kisah."

Di sebalik kekalahan, Poland mara ke pusingan 16 buat pertama kali sejak 1986, ihsan perbezaan jaringan dengan Mexico.

Mereka bakal berdepan juara bertahan Perancis di Stadium Al-Thumama Ahad ini.