KANSAS CITY 2 INTER MIAMI 3

Aura Lionel Messi menjadi titik tolak kepada Kansas City Wizards untuk mencatat rekod kehadiran penyokong tertinggi kelab itu.


Seramai 72,610 peminat hadir ketika menyambut kunjungan Inter Miami yang Sporting Kansas City 3-2 di Stadium Arrowhead, sebentar tadi.

Bintang kelahiran Argentina itu jelas menjadi tarikan utama hingga memaksa venue perlawanan berkenaan ke stadium milik kelab NFL, Chiefs, berbanding di gelanggang keramat sendiri, Sporting Children's Mercy Park.


Sebelum ini, rekod kehadiran penyokong tertinggi di Arrowhead ialah ketika Kansas City mengalahkan Manchester United 2-1 di pada Julai 2010.