Inter Miami tidak menerima sebarang tawaran sambil menepis khabar angin bahawa Lionel Messi berpotensi kembali ke Barcelona secara pinjaman pada Januari depan.

Messi bermula cemerlang sebaik menjejaki kelab yang berpangkalan di Florida itu untuk membawa kejuaraan Piala Liga selain perlawanan final Piala Terbuka AS buat Inter Miami.

Bagaimanapun, penyerang veteran itu bergelut dengan kecederaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan baki dua perlawanan Liga Bolasepak Utama (MLS) dan atas kegagalan mara ke peringkat play-off, Messi berdepan rehat hampir empat bulan.

Bagaimanapun, kelab itu tidak bercadang untuk membenarkan langkah tersebut dalam usaha mengekalkan kecergasan ketua pasukan Argentina itu yang mempunyai kontrak hingga hujung tahun 2025.

"Adakah dia pergi untuk berseronok?


"Mungkin dia akan melawat Barcelona. Selain daripada itu, saya tidak tahu apa-apa mengenainya," kata ketua jurulatih, Tata Martino.