Piala Dunia Qatar: Perancis pamer mentaliti juara 2018 -- laung Olivier Giroud
Olivier Giroud membandingkan kemenangan getir Perancis ke atas England dalam suku akhir Piala Dunia 2022 ibarat ulangan kemenangan separuh akhir bertemu Belgium, empat tahun lalu.
Shaiful Shamsudin
Sun Dec 11 2022
Olivier Giroud membandingkan kemenangan getir Perancis ke atas England dalam suku akhir Piala Dunia 2022 ibarat ulangan kemenangan separuh akhir bertemu Belgium, empat tahun lalu.
Perancis mengatasi The Three Lions 2-1 di Stadium Al Bayt awal pagi tadi dengan lencongan tandukan kemenangan penyerang Milan itu.
Aurelien Tchouameni terlebih dahulu meletakkan juara dunia itu di hadapan tetapi England segera bertindak balas dengan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Harry Kane.
Pasukan kendalian Gareth Southgate itu berpeluang untuk mengimbangi kedudukan buat kali kedua selepas jaringan Giroud berkenaan, tetapi sepakan penalti kedua Kane tersebut tersasar melepasi palang.
Kemenangan itu membolehkan Perancis menempah tiket separuh akhir bertemu kuda hitam kejohanan, Maghribi, dan pasukan bimbingan Didier Deschamps tersebut turut dicanang sebagai calon untuk mempertahankan trofi berkenaan.
Tetapi aksi bertemu England membuktikan betapa sukarnya untuk memenangi Piala Dunia, lantas Giroud mengingatkan kejayaan mengatasi Belgium 1-0 di Russia.
“Perlawanan malam ini mengingatkan aksi menentang Belgium pada 2018,” kata Giroud dalam sidang akhbar.
-8 - France fired 8 fewer shots than England (8 attempted, 16 faced), their highest differential in a major tournament win (World Cup + EURO) since Opta began analyzing these competitions (1966). Resilience. #ENGFRApic.twitter.com/WwvEDshiAj