Bekas pemain Arsenal, Olivier Giroud, mengesahkan bahawa dia akan bersara daripada tugas antarabangsanya selepas kejohanan Euro 2024.

Giroud merekodkan 57 jaringan bersama Perancis sambil melakukan 131 penampilan untuk Les Bleus. Paling manis, penyerang berusia 37 tahun itu telah menjuarai Piala Dunia 2020 bersama ketua jurulatih, Didier Deschamps.

Dalam satu temu bual dengan L'Equipe, Giroud berkata: "Sudah tentu saya akan merinduinya, tetapi saya rasa masa saya bersama pasukan Perancis akan tamat selepas Euro. Saya perlu memberi ruang kepada pemain muda."

"Sudah tentu akan ada banyak emosi, dan banyak kenangan yang akan muncul kembali tetapi kita perlu mengetepikan itu dan menikmati setiap detik sekali lagi. Emosi tidak boleh menganggu saya. Masih ada pertandingan untuk dimenangi walaupun ia akan menjadi istimewa bagi saya," katanya.