Pemain England, Raheem Sterling, terlepas kemenangan aksi pusingan 16 Piala Dunia Qatar ke atas Senegal susulan serbuan oleh penceroboh bersenjata di rumahnya.

Penyerang Chelsea itu tidak tersenarai dalam skuad kendalian Gareth Southgate yang memperoleh kemenangan 3-0 juara Piala Negara-Negara Afrika awal pagi tadi.

BBC melaporkan rumah Sterling telah dipecahmasuk pada Sabtu.

Pengurus, Gareth Southgate, berkata selepas kemenangan England, "Raheem perlu menguruskan situasi melibatkan keluarganya. Dia sudah kembali ke England. Kami akan memberikan masa kepadanya untuk bersama keluarga. Itu adalah perkara paling penting, kami akan memberikan ruang itu kepadanya.

"Ia tidak memberikan kesan kepada pemilihan pasukan. Saya meluangkan banyak masa bersama Raheem sebelum ini, jadi perkara yang berlaku ini harus ditangani oleh dia sendiri. Dia sudah dalam perjalanan peluang, kami sentiasa memikirkan tentangnya dan menghormati privasi Sterling. Kami tidak akan bercakap terlalu terperinci terhadap isu tersebut.

"Ia tidak sesuai untuk kumpulan sebelum perlawanan besar, tetapi ia menjadi tidak penting – individu lebih penting daripada kumpulan pada saat-saat ini."