Selangor menerima perkhabaran gembira apabila tonggak utama, Noor Al-Rawabdeh, menonjolkan perkembangan memberangsangkan dalam fasa pemulihannya berkenaan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang dialami sejak Oktober lalu.

Pelbagai fasa telah dilalui sambil diperhatikan pegawai perubatan kelab dan ahli fisioterapi memberi berita positif kepada skuad kendalian Katsuhito Kinoshi yang merindui sentuhannya di atas padang.

Progres yang ditunjukkan oleh pemain kebangsaan Jordan itu sangat membanggakan, mengikut protokol yang ditetapkan bagi para atlet profesional untuk sesi pemulihan kecederaan tersebut.

Kondisinya semakin baik tatkala latihan di bawah koordinasi pakar perubatan menunjukkan peningkatan ketara selain dia komited melakukan terapi tanpa henti bagi mencapai tahap bebas kecederaan dan bersedia untuk memperkuat Gergasi Merah.



"Saya dapat merasakan keadaan diri saya bertambah baik, dari hari ke hari.

"Kekuatan otot dan kestabilan saya semakin bertambah, dan saya berharap dapat terus kembali ke tahap kecergasan penuh agar saya dapat kembali beraksi di padang mengikut masa yang telah ditetapkan.

"Saya percaya, keadaan otot saya sekarang lebih kuat berbanding sebelum ini.

“Begitupun, fasa seterusnya akan lebih mencabar kerana saya akan memulakan latihan asas joging dan berlari, fasa yang amat penting bagi mendapatkan semula keyakinan untuk beraksi.

"Dengan sokongan penuh daripada doktor dan ahli fisioterapi pasukan, saya harap dapat melepasi setiap fasa dengan sempu