Pemain pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad, mengakui kem latihan Harimau Malaya kali ini merupakan yang paling sengit terutama di bahagian pertahanan.

Menjelang pertemuan aksi persahabatan bertemu Hong Kong, Shahrul berkata kesemua pemain di bahagian pertahanan kali ini merupakan pemain pertahanan terbaik negara ketika ini.

"Bagi saya, ia dilihat sebagai satu persaingan yang sihat apabila kesemua pemain dilihat beraksi bersungguh-sungguh dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

"Dalam bola sepak moden, pemain pertahanan bukan sahaja perlu bertahan tetap perlu menjaga possession.

"Malah, pemain juga perlu beraksi dengan lebih lebik dari semasa ke semasa bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama pasukan," katanya.



Sementara itu, Shahrul mengakui minit permainan sangat penting kepada mana-mana pemain.

Bagaimanapun katanya, dengan latihan berintesiti tinggi yang dilalui setiap hari, turut memadai bagi menjamin kecergasan seseorang pemain.

"Minit permainan merupakan antara perkara penting, tetapi apabila kerap berlatih dalam latihan berintesiti tinggi ia juga dilihat dapat menjamin kecergasan pemain," katanya.

kredit: Sinar Harian