Skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) Indonesia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 2024 selepas menyingkirkan pasukan pilihan Korea Selatan awal pagi tadi.
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira pasukan Asia Tenggara itu selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors, 11-10 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi suku akhir 120 minit.
Perlawanan di Stadium Abdullah Bin Khalifa itu, Rafael William Struick yang beraksi dengan kelab liga Belanda, ADO Den Haag terlebih dulu meletakkan Garuda Muda di depan hasil percubaan pada minit ke-15 menewaskan Baek Jong-beom.
Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Young Taegeuk Warriors asuhan Hwang Sun-hong kemudian menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Komang Teguh pada minit ke-45.
Struick kemudian sekali lagi tampil dengan karakter luar biasa apabila sekali lagi menewaskan Jong-beom pada masa kecederaan minit ke-48 baik selepas menyudahkan sentuhan rakan sepasukan untuk memimpin separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Sun-hong meningkatkan intensiti permainan bagi memburu jaringan penyamaan manakala Tae-yong melakukan perubahan taktikal apabila memperkemas bahagian pertahanan.
Korea Selatan akhirnya terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Lee Young-Jun dilayangkan kad merah setelah mengasari Justin Hubner pada minit ke-70.
Biarpun begitu kekurangan seorang pemain tidak melunturkan semangat juang Young Taegeuk Warriors, yang berjaya mengikat perlawanan menerusi keberhasilan penyudah Jeong Sang-bin pada minit ke-84.
Kemenangan itu menyaksikan Indonesia ke separuh akhir akan menentang pemenang perlawanan Uzbekistan berdepan Arab Saudi.
Dalam satu lagi aksi suku akhir sebelum itu, Jepun memanfaatkan sepenuhnya ketiadaan Yousef Abdulrahman Baliadeh yang dilayangkan kad merah pada minit ke-41 bagi menyingkirkan cabaran tuan rumah Qatar dalam perlawanan di Stadium Jassim Bin Hamad.
Skuad Samurai Biru Muda kendalian Go Oiwa menyingkirkan anak buah asuhan Ilidio Vale, 4-2 hasil jaringan Fuki Yamada (m-2), Seiji Kimura (m-67), Mao Hosoya (m-101), Kotaro Uchino (m-112) manakala gol Qatar dijelmakan Ahmed Hisham Ali Musa Al-Rawi (m-24), Jassem Gaber Abdulsallam (m-49).
Jepun akan menanti pemenang perlawanan Iraq menentang Vietnam dalam satu lagi aksi suku akhir.-sinar
Ammar Hakim
Thu Apr 25 2024
Perlawanan Sumbangsih: Tiada peruntukan tiket untuk penyokong Selangor
Menjelang perlawanan Sumbangsih yang akan berlangsung minggu ini, juara 10 kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), akan bertemu pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor, bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Jumaat ini.
Terkini: Dua individu bermotosikal ucap 'good luck' sebelum simbah asid ke Faisal Halim
Dua individu bermotosikal sempat mengucapkan 'good luck' sebelum menyimbah asid kepada pemain sayap negara, Faisal Halim, demikian difahamkan oleh sumber Astro Arena.
Terkini: Keadaan Faisal Halim agak menyedihkan, cedera tangan, rusuk, bahu disimbah asid -- Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, melawat pemain sayap negara, Faisal Halim, yang cedera disimbah asid oleh dua individu di Damansara petang tadi.
Terkini: Selangor mohon peminat doakan kesihatan Faisal Halim
Selangor sebentar tadi mengesahkan bahawa pemain sayapnya, Faisal Halim, menjadi mangsa serangan simbah asid petang tadi.
Wartawan Astro Arena tiba di hospital, terus bersama Stadium Astro untuk perkembangan insiden Faisal Halim disimbah asid
Wakil Astro Arena sudah tiba di hospital bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim, disimbah asid petang tadi.
Terkini: Kereta orang awam turut rosak dalam insiden Faisal Halim disimbah asid
Sebuah kereta orang awam yang diletakkan berhampiran turut mengalami kerosakan ketika dua individu tidak dikenali bertindak menyerang asid kepada pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim.
Terkini: Hannah Yeoh gesa cari pelaku simbah asid ke Faisal Halim sampai dapat
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengecam perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh dua individu tidak dikenali tmenymbah asid terhadap pemain bola sepak negara, Faisal Halim.
SMJ Cup: Kuching City bawa pulang hadiah RM5000
Kuching City muncul meraih tempat ketiga Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup), apabila menewaskan Hougang United 2-0, sebentar tadi.
Terkini: Polis teliti rakaman CCTV, pelaku simbah asid ke Faisal Halim pakai motosikal curi
Pihak polis kini sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran susulan kes pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim, disimbah asid di damansara sebentar tadi.
Terkini: Faisal Halim disimbah asid
Bintang Selangor, Faisal Halim, dilaporkan disimbah asid di Damansara sebentar tadi.
Rangers 4-1 Kilmarnock: Gers come from behind to keep pressure on Celtic
Report: Rangers 4-1 Kilmarnock
Jokic salutes 'special' Edwards after influential Game 1 display
Jokic hails 'special' Edwards
Simeone insists Atletico 'cannot stop pushing' after narrow Mallorca win
Atletico Madrid tightened their grip on fourth place in LaLiga with victory over Mallorca, but Diego Simeone wants more from his players.
'It can only get better' - Sabalenka leaving Madrid Open 'with positive thoughts' despite Swiatek defeat
Sabalenka upbeat after Madrid Open
'It hurts to lose' - Inzaghi apologises after Sassuolo defeat
Inzaghi sorry for Sassuolo defeat
Inter Miami 6-2 New York Red Bulls: Messi makes more MLS history as Suarez scores hat-trick
Report: Inter Miami 6-2 NYRB
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami