Bekas pemain Juventus, Paulo Dybala, meluahkan rasa sedih kerana tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan Argentina menjelang kejohanan Copa Amerika, yang berlangsung di Amerika Syarikat, bermula 20 Jun hingga 14 Julai ini.

Meskipun dia menonjolkan prestasi cemerlang bersama kelab Itali, AS Roma, namun pemain bertubuh kecil itu tetap disisihkan walaupun mencatatkan jumlah 16 gol dan 10 bantuan jaringan dalam semua kejohanan bersama pasukannya itu.

Sebagai rekod, pemain dengan gelaran La Joya itu gagal menjadi daripada sebahagian pemain Argentina ketika saingan Copa Amerika 2021 dan terpaksa menerima hakikat bahawa edisi terbaru juga tidak akan bersama skuad kendalian Lionel Scaloni itu.

A post shared by Football • Futbol • Soccer (@footyemporium)


“Saya melihat detik Paulo sedang bersedih mengenai berita itu tetapi satu perkara yang pasti, dia akan menjadi lebih hebat dan dapat mengatasi perasaanya itu,” kata rakan sepasukannya, Leandro Paredes.