Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin menarik apabila seorang lagi individu luar menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam badan induk itu.

Individu terbabit ialah Iskandar Salleh, seorang jurulatih 'strength and conditioning' dengan tujuannya untuk menyertai FAM adalah demi bola sepak negara

Ini kali kedua Iskandar menyuarakan hasrat untuk bertanding bagi merebut jawatan dalam FAM selepas 2018.

Dan dia muncul calon luar ketiga berbuat demikian selepas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, dan bekas Ketua Jabatan Pemasaran dan Tanggungjawab Sosial FAM, Sayf Ismail.

Meskipun ramai individu menyatakan minat untuk merebut kerusi panas presiden FAMmaksimum hanya pertarungan tiga penjuru boleh dibentuk.

Situasi itu pun hanya boleh terjadi sekiranya tiga calon mendapat pencalonan sama rata daripada 18 ahli gabungan.

Ini kerana syarat untuk meraih tiket bertanding jawatan nombor satu itu adalah setiap individu perlu mendapat minimum enam pencalonan tatkala tarikh akhir pencalonan berakhir 16 Januari ini.