Atlet Amerika Syarikat, Nyjah Huston, mendedahkan bahawa seminggu selepas menduduki tempat ketiga dalam acara akhir papan selaju jalanan lelaki, pingat gangsanya kelihatan mula pudar dan hilang warna.
"Pingat Olimpik kelihatan hebat apabila ia masih baru tetapi selepas membiarkannya melekat pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan-rakan memakainya pada hujung minggu, ia nampaknya tidak berkualiti tinggi seperti yang anda sangkakan," katanya kepada pengikutnya di Instagram .
Sambil membalikkan pingat itu, dia berkata: "Malah bahagian depan mula merosot sedikit. Pingat Olimpik - mungkin perlu meningkatkan kualiti sedikit."