Dua 'plot line' masih membelenggu pasukan bola sepak kebangsaan Amerika Syarikat -- satu berkaitan masalah membimbangkan di atas padang dan satu lagi mengenai proses menyunting jurulatih baru yang masih belum selesai.

Menjelang aksi persahabatan berdepan New Zealand, satu urusan 'ringan' tiba-tiba menjadi penting susulan persembahan mengerikan ketika tewas mengejut 1-2 kepada Kanada pada Sabtu lalu.

"Kadangkala apabila hadirnya orang baru dalam pasukan, setiap pemain akan terpanggil untuk menonjolkan kemampuan sebenar masing-masing, untuk 'first impression' yang baik. Akui tiada masalah hadapi perubahan dalam pasukan, hanya perlu adaptasi segera dari segi mentaliti dan budaya baru pasukan. Harap semuanya baik-baik sahaja," kata pemain tengah Amerika Syarikat, Christian Pulisic.

Sementara itu, urusan menyunting Mauricio Pochettino selaku jurulatih masih menjadi tanda tanya.

Mikey Varas selaku jurulatih interim Amerika Syarikat enggan berserabut memikirkan soal keluar-masuk jurulatih dan hanya mahu fokus kepada aksi berikutnya.