Ayuh bersedia untuk temasya sukan terbesar tahun ini! Selaku rumah sukan anda, Astro dengan bangganya membawakan kepada kesemua pelanggan liputan siaran langsung paling komprehensif sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024 dari 24 Julai hingga 11 Ogos ini.

Kesemua pelanggan Astro akan menikmati 18 saluran, yang terdiri daripada 16 saluran khas dan dua saluran Astro Arena (801 dan 802) yang akan menyiarkan siaran langsung temasya itu selain sorotan terbaik setiap acara Paris 2024 nanti.

• Kesemua pelanggan Astro boleh menikmati 18 saluran Paris 2024 secara definisi tinggi

• Pelanggan Sooka dengan mana-mana pelan langganan mendapat akses kepada 18 saluran Paris 2024.

• Pelangan NJOI dengan pek permulaan aktif akan mendapat akses kepada 12 saluran Paris 2024.

• Kesemua rakyat Malaysia boleh menikmati siaran sukan sukan terpilih di Astro Arena.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata: "Dengan liputan berbilang platform dan pasukan berdedikasi kami di Paris, kami membawakan anda liputan lengkap Sukan Olimpik -- setiap kejayaan, setiap hampir kehilangan dan semua cerita yang menjadikan Sukan Olimpik begitu menawan.

"Selain itu, kami faham bahawa setiap orang menikmati Sukan Olimpik secara berbeza. Itulah sebabnya kami menawarkan pengalaman tontonan yang paling fleksibel.

"Pelanggan boleh memilih untuk menonton secara langsung di mana-mana peranti dan sebarang kaedah langganan. Akan ada pilihan yang sesuai dengan tabiat tontonan anda."