Melangkah ke pentas Sukan Olimpik menjadi satu mercu buat mana-mana atlet dan barisan atlet Malaysia tidak ketinggalan untuk menyemadikan pengalaman itu.

Seperti yang digunakan oleh penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, yang memakai rantai emas dengan lima kalungan menandakan dia sudah beraksi di pentas Olimpik, kali ini menyaksikan perenang negara, Tan Rou Xin, menunjukkan tatu ketika membuat penampilan di Sukan Malaysia (Sukma) 2024.



Rou Xin menamatkan cabaran Malaysia selepas catatan masa yang direkodkan tidak melepasi had kelayakan ke separuh akhir dalam acara 100m wanita kuak dada Sukan Olimpik Paris 2024.

Perenang berusia 18 tahun itu mencatatkan masa satu minit 12 saat sekali gus terlepas peluang ke pusingan seterusnya.

Dia bakal membuat penampilan dalam saingan Sukma Sarawak.