Pemenang emas rejam lembing Sukan Olimpik Paris 2024, Arshad Nadeem, menerima hadiah seekor kerbau daripada bapa mentuanya atas kejayaan itu.

Muhammad Nawaz, bapa mentua kepada Nadeem, berkata tujuannya memilih hadiah unik itu adalah sebagai satu simbolik terhadap tradisi di kampung mereka, yang melambangkan nilai dan penghormatan tertinggi.

Nawaz menjelaskan kepada media tempatan bahawa hadiah sedemikian mempunyai kepentingan budaya yang signifikan dalam komuniti mereka.

Sebagai rekod, Nadeem memenangi pingat emas buat pakistan dalam acara rejam lembing di Paris dengan memecahkan rekod Sukan Olimpik menerusi rejaman sejauh 92.97 meter.

Nawaz berkata Nadeem seorang yang sederhana dan mendedahkan bahawa penduduk kampung dan saudara mara membantunya membiayai latihan dan dana untuk ke kejohanan antarabangsa.

Apabila Nawaz memilih untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan Nadeem enam tahun lalu, Nadeem hanya terlibat dengan pekerjaan kecil dan berlatih merejam lembing di padang tempatan.

Nawaz mengagumi dedikasi dan semangat Nadeem untuk sukan itu, yang kini telah membawanya ke pentas antarabangsa, dan Nawaz juga meluahkan rasa bangga yang amat besar terhadap pencapaian Nadeem.