Shaiful Shamsudin
Thu Oct 19 2023
Kelab Perancis, Nice, menggantung pertahanannya, Youcef Atal, selepas pemain Algeria itu didakwa menyiarkan video di media sosial berkaitan konflik di Israel dan Gaza.
Pihak Ligue 1 berkata Atal, 27, telah memadamkan ulasan itu dan memohon maaf dengan pejabat pendakwa raya Nice dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) bercadang untuk menyiasatnya.
Satu kenyataan di laman sesawang Nice berbunyi: “Sebaik sahaja dia pulang daripada tugas pasukan kebangsaan Algeria -- tempat dia berada sejak 9 Oktober -- Youcef Atal telah dihubungi oleh pengarah OGC Nice untuk berbual.
“OGC Nice sedar bahawa pemain ini telah mengakui kesilapannya dengan segera menarik balik perkongsian penerbitan itu selain menawarkan permohonan maaf terbuka secara bertulis.
“Namun, memandangkan sifat penerbitannya yang dikongsi kepada umum dan betapa seriusnya isu ini, kelab telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan disiplin segera terhadap pemain ini sebelum sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh pihak berkuasa sukan dan undang-undang.
“Oleh itu, kelab telah memutuskan untuk menggantung Youcef Atal hingga diberitahu kelak.
“Kami ingin menekankan bahawa reputasi dan perpaduan OGC Nice adalah hasil daripada tingkah laku semua pekerjanya yang harus selaras dengan nilai yang digalakkan oleh institusi.
"Seperti yang dinyatakan oleh OGC Nice dalam mesejnya pada Jumaat lalu, OGC menegaskan komitmen teguhnya untuk memastikan keamanan mengatasi segala pertimbangan lain."
Bekas pemain sayap Aston Villa, Anwar El Ghazi, turut digantung oleh kelab Jerman, Mainz, semalam selepas turut menyiarkan mengenai konflik itu.
Nice gantung Youcef Atal kerana ulasan Gaza
Kelab Perancis, Nice, menggantung pertahanannya, Youcef Atal, selepas pemain Algeria itu didakwa menyiarkan video di media sosial berkaitan konflik di Israel dan Gaza.
Ligue 1: Messi, Ramos bawa PSG kembali ke landasan kemenangan
Jaringan daripada Lionel Messi dan Sergio Ramos membantu Paris Saint-Germain (PSG) memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Nice dalam perlawanan Ligue 1 awal pagi tadi.
Ligue 1: Verratti terlepas kunjungan PSG ke Nice
Paris Saint-Germain (PSG) akan beraksi tanpa khidmat Marco Verratti menjelang kunjungan ke laman Nice bagi perlawanan Ligue 1 awal pagi esok selepas penyerang itu disahkan mengalami kecederaan paha.
Ligue 1: Messi, Mbappe kembali bawa PSG ke puncak
Paris Saint-Germain (PSG) kembali ke puncak Ligue 1 hasil kemenangan 2-1 ke atas Nice di Parc des Princes awal pagi tadi.
Kasper Schmeichel tinggalkan Leicester City sarung jersi Nice
Kasper Schmeichel menamatkan jodohnya bersama Leicester City selama 11 tahun selepas menyertai Nice dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Aaron Ramsey pilih sarung jersi Nice
Pemain tengah Wales, Aaron Ramsey, memilih Nice sebagai pangkalan barunya sebaik dilepaskan Juventus.
Galtier dinamakan jurulatih baru PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Christophe Galtier sah dinamakan sebagai ketua jurulatih baru Paris Saint-Germain (PSG) selepas Mauricio Pochettino meninggalkan pasukan juara Ligue 1 itu.
PSG sepatutnya menang, kata Pochettino selepas diikat Nice
Ketua jurularih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino, menegaskan bahawa pendahulu Ligue 1 itu sepatutnya menang dan tidak mensia-siakan peluang di depan gawang selepas terikat tanpa jaringan dengan Nice awal pagi tadi.
Chelsea tandatangan pemain muda Perancis
Chelsea melengkapkan perpindahan pemain muda Perancis, Malang Sarr, secara perpindahan percuma selepas pertahanan itu meninggalkan kelab Ligue 1, Nice.
Napoli jadi pilihan Seri berbanding EPL
Jean Michael Seri lebih selesa memilih perpindahan ke Napoli berbanding menyahut cabaran ke Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut ejennya, Franklin Mala.
Nottingham Forest 3-2 Southampton: Hosts dig deep to move level with Arsenal
Report: Forest 3-2 Southampton
Manchester United 1-3 Brighton: Mitoma and Minteh star in away win
Report: Man Utd 1-3 Brighton
Everton 3-2 Tottenham: Calvert-Lewin ends drought as Moyes oversees first win of second spell
Report: Everton 3-2 Tottenham
Smith a doubt for Sri Lanka series with elbow injury
Smith is a doubt for Sri Lanka
Barcelona dealt blow as Olmo sidelined with calf injury
Olmo out with calf injury
Leverkusen's Terrier out for the season after rupturing Achilles
Terrier suffers Achilles injury
Leeds 3-0 Sheffield Wednesday: Farke's side return to Championship summit after Yorkshire derby win
Report: Leeds 3-0 Sheff Weds
Australian Open: Djokovic expects 'big battle' against Nadal-like Alcaraz
Alcaraz reminds Djokovic of Nadal
Guardiola would not 'forgive himself' if he left struggling Man City
Pep wouldn't 'forgive' leaving City
Australian Open: 'If I think about everything he's done, I couldn't play Djokovic' – Alcaraz
Alcaraz previews Djokovic tie