Shaiful Shamsudin
Thu Aug 04 2022
Kasper Schmeichel menamatkan jodohnya bersama Leicester City selama 11 tahun selepas menyertai Nice dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Penjaga gol Denmark itu menghabiskan lebih sedekad di Leicester sebaik dibeli daripada Leeds United dengan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Perisai Komuniti sepanjang mencurahkan bakti di Stadium King Power.
Schmeichel -- yang akan menyertai Aaron Ramsey di Nice -- membuat 479 penampilan bersama The Foxes untuk penampilan terbanyak EPL dan selain kecederaan, dia dijangka menjadi sebahagian daripada skuad Denmark untuk Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini.
Bercakap kepada laman sesawang rasmi mengenai pengumuman pemergian Schmeichel, Pengerusi Leicester, Aiyawatt Srivaddhanaprabha, berkata: "Sepanjang dia bersama kami, khususnya sebagai kapten dan naib kapten, Kasper sentiasa merupakan pemain yang bersedia untuk bangkit, menggalas tanggungjawab dan memimpin pasukan.
“Pengaruh dan kepimpinannya di dalam dan di luar padang mencerminkannya sebagai seorang yang profesional, sebagai pemain bola sepak dan seorang manusia.
“Saya tahu penyokong Leicester City akan berkongsi rasa hormat terhadap pemain setaraf seperti Kasper atas segala pencapaiannya sebagai pemain bola sepak dan kapten.
"Marilah menyertai saya mendoakan yang terbaik untuknya di peringkat kariernya yang seterusnya di Perancis bersama OGC Nice.
“Semua orang yang pernah menyaksikan Kasper pasti pernah melihat dia telah mencurahkan segala kudrat kepada Leicester City setiap kali dia beraksi dan pengalaman yang dikongsi antara dia, kelab dan penyokong kami sejak 11 tahun lalu bermakna dia akan sentiasa kekal sebagai sebahagian daripada keluarga ini."
Nice gantung Youcef Atal kerana ulasan Gaza
Kelab Perancis, Nice, menggantung pertahanannya, Youcef Atal, selepas pemain Algeria itu didakwa menyiarkan video di media sosial berkaitan konflik di Israel dan Gaza.
Ligue 1: Messi, Ramos bawa PSG kembali ke landasan kemenangan
Jaringan daripada Lionel Messi dan Sergio Ramos membantu Paris Saint-Germain (PSG) memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Nice dalam perlawanan Ligue 1 awal pagi tadi.
Ligue 1: Verratti terlepas kunjungan PSG ke Nice
Paris Saint-Germain (PSG) akan beraksi tanpa khidmat Marco Verratti menjelang kunjungan ke laman Nice bagi perlawanan Ligue 1 awal pagi esok selepas penyerang itu disahkan mengalami kecederaan paha.
Ligue 1: Messi, Mbappe kembali bawa PSG ke puncak
Paris Saint-Germain (PSG) kembali ke puncak Ligue 1 hasil kemenangan 2-1 ke atas Nice di Parc des Princes awal pagi tadi.
Kasper Schmeichel tinggalkan Leicester City sarung jersi Nice
Kasper Schmeichel menamatkan jodohnya bersama Leicester City selama 11 tahun selepas menyertai Nice dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Aaron Ramsey pilih sarung jersi Nice
Pemain tengah Wales, Aaron Ramsey, memilih Nice sebagai pangkalan barunya sebaik dilepaskan Juventus.
Galtier dinamakan jurulatih baru PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Christophe Galtier sah dinamakan sebagai ketua jurulatih baru Paris Saint-Germain (PSG) selepas Mauricio Pochettino meninggalkan pasukan juara Ligue 1 itu.
PSG sepatutnya menang, kata Pochettino selepas diikat Nice
Ketua jurularih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino, menegaskan bahawa pendahulu Ligue 1 itu sepatutnya menang dan tidak mensia-siakan peluang di depan gawang selepas terikat tanpa jaringan dengan Nice awal pagi tadi.
Chelsea tandatangan pemain muda Perancis
Chelsea melengkapkan perpindahan pemain muda Perancis, Malang Sarr, secara perpindahan percuma selepas pertahanan itu meninggalkan kelab Ligue 1, Nice.
Napoli jadi pilihan Seri berbanding EPL
Jean Michael Seri lebih selesa memilih perpindahan ke Napoli berbanding menyahut cabaran ke Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut ejennya, Franklin Mala.
Masood defends spin-friendly pitch after Pakistan wrap up shortest home win
Masood defends Pakistan conditions
Nottingham Forest 3-2 Southampton: Hosts dig deep to move level with Arsenal
Report: Forest 3-2 Southampton
Manchester United 1-3 Brighton: Mitoma and Minteh star in away win
Report: Man Utd 1-3 Brighton
Everton 3-2 Tottenham: Calvert-Lewin ends drought as Moyes oversees first win of second spell
Report: Everton 3-2 Tottenham
Smith a doubt for Sri Lanka series with elbow injury
Smith is a doubt for Sri Lanka
Barcelona dealt blow as Olmo sidelined with calf injury
Olmo out with calf injury
Leverkusen's Terrier out for the season after rupturing Achilles
Terrier suffers Achilles injury
Leeds 3-0 Sheffield Wednesday: Farke's side return to Championship summit after Yorkshire derby win
Report: Leeds 3-0 Sheff Weds
Australian Open: Djokovic expects 'big battle' against Nadal-like Alcaraz
Alcaraz reminds Djokovic of Nadal
Guardiola would not 'forgive himself' if he left struggling Man City
Pep wouldn't 'forgive' leaving City