Paris Saint-Germain (PSG) akan beraksi tanpa khidmat Marco Verratti menjelang kunjungan ke laman Nice bagi perlawanan Ligue 1 awal pagi esok selepas penyerang itu disahkan mengalami kecederaan paha.

Pemain kebangsaan Itali itu tidak menyertai sesi latihan semalam, yang turut dihadiri presiden, Nasser Al-Khelaifi, dan penasihat bola sepak, Luis Campos.

PSG kemudian mengesahkan bahawa Verratti sedang bergelut dengan kecederaan hamstring dan perlu berehat untuk menjalani rawatan.

Pada ketika kelab berkenaan tidak memberikan sebarang butiran terperinci terhadap kecederaan itu, mereka berkata maklumat lanjut akan diberikan awal minggu depan.

Dengan itu, Verratti kelihatan tidak akan dapat diturunkan Christophe Galtier bagi perlawanan awal pagi esok, di mana PSG akan berusaha untuk menamatkan kemarau kemenangan terhadap bekas pasukan ketua jurulatih mereka itu.

Ini selepas PSG tewas dua pertemuan liga terakhir di antara dua pasukan itu, di mana ia merupakan dua kekalahan berturut-turut pertama yang dilalui mereka dalam saingan Ligue 1 sejak September 2020.