Pemain Newcastle, Dan Burn, enggan merungut mengenai taktik Arsenal selepas pertempuran sengit Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James’ Park, semalam.

The Gunners bangkit daripada pertemuan sengit di Tyneside itu menerusi kemenangan 2-0 apabila untuk mengekori rapat pendahulu, Manchester City.

Kemenangan itu juga menawarkan laluan berliku kepada harapan The Magpies untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) dalam perlawanan yang kerap dilengah-lengahkan selain konfrontasi yang menghalang pasukan tuan rumah daripada mendapat rentak, sesuatu yang mereka sendiri pernah dituduh melakukannya dalam aksi pertama di Stadium Emirates, Januari lalu.

Begitupn, ditanya mengenai pendekatan Arsenal, Burn berkata: “Sudah tentu ia mengecewakan tetapi mereka mengatakan kami yang lakukan di tempat mereka. Kami mengutip banyak kad kerana memperlahankan permainan.

"Saya tidak pasti adakah ia sengaja dilakukan sepanjang masa.





“Mereka melakukannya dan ia adalah sebahagian daripada bola sepak.

"Kami pula dihalang daripada melakukannya dan terpaksa menelannya apabila ia terjadi kepada kami.

“Banyak pasukan sekarang cenderung melakukannya tatkala mereka berasakan kehadiran aura penonton, mereka akan cuba mengganggunya.

“Apabila pasukan seperti Arsenal datang ke mari dan melakukannya, maka ia bertukar menjadi bentuk satu pujian.”