Werder Breman mengambil keputusan untuk menggantung Naby Keita sepanjang musim ini dan akan mengenakan denda yang tinggi selepas menuduh pemain itu keluar daripada pertembungan dengan Bayer Leverkusen.

Bekas pemain tengah Liverpool itu tidak beraksi ketika kelabnya tewas 0-5 di Bay Arena, dengan kelabnya mendakwa dia memilih untuk 'tidak turun padang bersama pasukan dan memilih untuk pulang ke rumah' selepas namnya tidak tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan.

Satu kenyataan di laman web rasmi kelab menjelaskan "Werder Bremen telah menggantung Naby Keita sehingga akhir musim dan telah menjatuhkan denda kepada pemain tengah itu'.




"Dia mengecewakan pasukan dalam masa kesukaran seluruh pasukan dan meletakkan kepentingannya sendiri melebihi kepentingan pasukan. Kami tidak boleh membenarkan itu.

"Dalam peringkat ini, kami memerlukan tumpuan penuh bagi menghadapi baki perlawanan dengan pasukan yang tetap kekal bersama. Itulah sebabnya kami tidak mempunyai alternatif lain." kata Ketua Bola Sepak Profesional, Bremen Clemens Fritz.