Malaysia mempamerkan perkembangan positif menjelang saingan Piala Asia Qatar yang bakal bermula minggu hadapan susulan meraih keputusan seri 2-2 dengan Syria dalam aksi antarabangsa semalam.

Ia merupakan perlawanan tertutup di antara kedua-dua pasukan namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memuatnaik keputusan perlawanan menerusi laman sosial Facebook.

Dapatkan berita terkini, jadual penuh dan kedudukan pasukan Piala Asia Qatar 2023 di sini



Malaysia membuka jaringan menerusi Arif Aiman Md Hanapi pada separuh masa pertama (minit ke-39) sebelum Syria bangkit dengan dua gol dalam tempoh empat minit di separuh masa kedua menerusi Pablo Sabbag (minit ke-70) dan Ibrahim Hesar (minit ke-74).

Sebelum Paulo Josue kembali mengikat kedudukan pada minit ke-78 sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.

Dalam aksi terdahulu, Malaysia-Syria turut seri dengan keputusan sama.