Bekas penyerang Man United, Louis Saha, meramalkan seorang pemain muda dari Manchester United akan menjadi Paul Scholes seterusnya.

Scholes, yang terkenal sebagai salah seorang pemain tengah terhebat Liga Perdana, telah memenangi 11 gelaran Liga Perdana dan menjuarai dua kali Liga Juara-Juara Eropah (UCL), sepanjang kariernya di Old Trafford.

Dia telah mendapat pujian daripada beberapa pemain hebat sewaktu bermain bersama United, malah bekas pemain dari Perancis, Zinedine Zidane, pernah mendakwa dia adalah salah satu lawan paling sukar yang pernah dihadapinya.

Menurut Louis Saha, Manchester United telah didorong oleh bakat muda yang luar biasa iaitu, Kobbie Mainoo, dan mendakwa pemain berusia 18 tahun itu untuk akan menjadi Scholes yang seterusnya di United.

Mainoo terus menarik perhatian Red Devils dan Saha berharap dia dapat meneruskan untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh rakan sepasukannya di England, Jude Bellingham.

'Saya harap Kobbie Mainoo boleh menjadi seperti Jude Bellingham, yang bersinar di Real Madrid. Dia mempunyai kemahiran dan ketenangan dalam mengawal bola dan akan menyukarkan pihak lawan," kata Louis Saha.