Dua perlawanan melibatkan Liverpool bakal berlaku secara serentak pada malam ini iaitu bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Battle of The Reds yang melibatkan pertembungan legenda-legenda Liverpool dan Manchester United.

Bagi saingan EPL, anak buah Jurgen Klopp bakal turun beraksi pada jam 7.30 malam ini menentang West Ham United di London, dengan misi kembali ke landasan kemenangan selepas kecundang kepada pasukan jiran, Everton dua hari lalu.

Legenda-legenda Liverpool pula yang dibarisi David James, Steve McManaman, Emile Heskey, Sammi Hyypia, Glen Johnson, Patrik Berger, Vladimir Smicer, John Durnin, Phil Babb dan David Thompson, John Arne Riise dan beberapa pemain lagi bakal bertarung menentang legenda Manchester United.

Legenda United termasuk Louis Saha, Dwight Yorke, Jaap Stam, Lee Sharpe, Clayton Blackmore, Keith Gillespie, Ben Thornley, Eric Djemba Djemba, Paul Rachubka, Russell Beardsmore, Lee Martin dan Danny Webber, dengan Teddy Sheringham mengetuai skuad sebagai kapten.

Aksi legenda Man United dan Liverpool itu bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam ini.