Pemain tengah Argentina, Giovani Lo Celso, kembali ke pangkuan Villarreal secara pinjaman daripada Tottenham bagi musim 2022-23.

Pemain berusia 26 tahun itu pernah menyertai pasukan LaLiga berkenaan pada Januari lalu selepas hanya melakukan sembilan penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Spurs sepanjang separuh pertama musim 2021-22.

Dia kemudian menjaringkan satu gol sepanjang 22 penampilan dalam kesemua kejohanan bersama pasukan bimbingan Unai Emery, Villarreal, sewaktu mereka layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Villarreal memulakan kempen LaLiga musim ini dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Real Valladolid pada Sabtu lalu.

Mereka seterusnya akan berkunjung ke laman Hajduk Split bagi perlawanan playoff pertama Liga Persidangan Europa (UECL) pada Khamis ini.