Penang melakar kemenangan pertama di laman sendiri buat pertama kali sejak bulan Ogos apabila menewaskan PDRM dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Penang yang tewas enam aksi berturut-turut di semua kejohanan dengan kali terakhir menang pada 1 Ogos lalu.

Dan keazaman itu cuba diterjemahkan dengan asakan seawal minit pertama lagi melalui percubaan Dylan Wenzel Halls namun sekadar tersasar.

Ketika perlawanan baru menginjak ke minit ke-10, PDRM terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Amir Saiful Badeli menerima kad merah daripada pengadil selepas mengasari Nabil Lapti.

Ketika perlawanan berbaki tujuh minit dalam separuh masa pertama, Rodrigo Dias berjaya memecah kebuntuan perlawanan.

Kekurangan pemain memberi impak negatif kepada PDRM apabila Penang menambah satu lagi gol melalui Nik Akif Syahiran Nik Mat usai perlawanan bersambung di babak kedua.

Bagaimanapun hujan lebat selepas itu merencatkan perlawanan sehingga memaksa pengadil menangguhkan perlawanan walaupun menuju ke wisel penamat selama 30 minit ketika permainan berbaki lima minit.

Selepas perlawanan bersambung, tiada jaringan berjaya terhasil dan Penang menamatkan kemarau kemenangan buat pertama kali sejak Ogos.