Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue, menganggap tiada istilah menekan butang panik buat ketua jurulatih negara, Pau Marti Vicente, untuk menghadapi Piala AMEC yang bermula Ahad depan.

Andai senarai nama yang bakal diumumkan terselit nama pemain sensasi negara, Faisal Halim, ia bukanlah sesuatu mengejutkan memandangkan kelibat pemain Selangor itu mampu membawa aura berbeza untuk keperluan semangat skuad Harimau Malaya tatkala senarai rasmi belum diumumkan.

Sekalipun kem kebangsaan dijangka kehilangan muka tetap daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor, ramai lagi pemain berkaliber yang memiliki keupayaan beraksi di peringkat antarabangsa.

"Kem kebangsaan mempunyai senarai 35-40 pemain dan 15 daripadanya dalam senarai menunggu.



"Ramai pemain sedia disenaraikan, kami tidak berdepan pilihan terhad.

"Kalau Faisal kembali, dia masih boleh menyumbang dan di atas padang, saya tidak rasa kami ketandusan pemain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.