Negeri Sembilan membawa pulang satu mata selepas jaringan minit akhir Annas Rahmat pada minit akhir mengikat Kuching City 1-1 dalam perlawanan minggu ke-13 Liga Super 2024/2024 di Stadium Negeri Sarawak, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan anak buah K. Nanthakumar mengikat pasukan tuan rumah yang lebih mendominasi perlawanan sepenuhnya dengan beberapa peluang dimiliki Kuching City tidak berjaya dinoktahkan untuk jaringan untuk menutup babak pertama tanpa jaringan.





Peluang terbaik Kuching City hadir pada minit ke-72 menerusi pemain gantian, Hazwan Bakri, untuk menghasilkan jaringan pembukaan tetapi dia gagal menampan kemas peluang yang terhidang untuk kedudukan kekal 0-0.

Begitupun, Hazwan Bakri membuktikan katajamannya sebagai pemain berpengalaman selepas menghadirkan jaringan pembukaan buat pasukan tuan pada minit 90+10 selepas situasi kucar-kacir dihadapan gawang gol dengan Hazwan mudah menolak masuk untuk gol pertama Kuching City.




Ketika anak buah Aidil Sharin hampir mengesahkan kemenangan, Annas Rahmat, mengecewakan pasukan tuan rumah dengan jaringan penyamaan selepas menolak masuk bola daripada situasi bola mati untuk kedudukan berubah 1-1.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat dengan kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi satu mata.





Kuching City kini berada di kedudukan ke-7 dengan 15 mata selepas 12 perlawanan manakala, Negeri Sembilan berada di tangga ke-12 dengan hanya enam mata.