‘Bola sepak selamatkan saya’ — Itulah luahan peminat tegar Leeds United, Chris Murphy, yang bercakap mengenai kesihatan mentalnya selepas diserang strok sehingga lumpuh tubuh badan.

Pada 2016, Chris mengalami strok menggambarkan bahawa dia tidak boleh menerima kenyataan tersebut sambil menganggap itu bukan dirinya sendiri.

“Ketika itu saya hendak ke tandas dan secara tiba-tiba saya tidak boleh melakukan pergerakan.

"Sambungan daripada otak saya tidak menghantar isyarat ke sebelah kiri badan saya tetapi berada di kerusi roda, ia bukan perkara yang buruk, namun saya telah kehilangan keistimewaan untuk berjalan ketika itu.



“Saya diberitahu dalam masa dua tahun lagi saya berpotensi untuk mengidap lebih banyak strok sehingga menyebabkan saya mengalami depresi (kemurungan) dan rasa mahu bunuh diri.

“Saya sudah menyokong Leeds United selama 30 tahun dan bola sepak menyelamatkan hidup saya,” katanya kepada Sky Sports.