Pemain baharu Selangor FC (SFC), Mohammad Abualnadi mengakui teruja dapat menyertai skuad Gergasi Merah bagi mencapai matlamat kelab untuk meraih kejayaan di pentas Asia dan dalam saingan domestik.
Pemain Jordan-Amerika yang akan beraksi sebagai pertahanan dan sayap kiri itu juga bertekad untuk memberikan yang terbaik buat pasukan menerusi sokongan padu para peminat.
"Menjadi sebahagian daripada Selangor FC adalah satu detik yang sangat menggembirakan bagi saya. Sejarah yang penuh cerita dan penyokong yang bersemangat di kelab ini sentiasa memberi inspirasi kepada saya.
"Saya berasa terhormat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Apabila peluang itu datang kepada ejen, saya segera merasakan bahawa ini adalah tempat yang tepat untuk saya.
"Saya bertekad untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan. Saya memahami harapan yang datang bersama jersi ini dan bersedia untuk menyokong rakan sepasukan dalam mencapai matlamat kami.
"Saya tidak sabar untuk merasai semangat penyokong kami yang bersemangat dan bertekad untuk membuat mereka bangga ketika kami berusaha untuk mencapai kejayaan musim ini," katanya.
Abualnadi memulakan kerjaya di Akademi Kansas ketika dia berumur 18 tahun dan berada di Amerika selama lima musim bermain dalam Piala Terbuka AS bersama skuad utama Sporting Kansas City, MLS Next Pro dan Kejuaraan USL bersama Sporting Kansas City II.
Dia bermain dalam 11 perlawanan sebagai pemain muda sebelum menerima tawaran untuk terbang ke Jordan bersama Al-Hussein SC.
Dalam pada itu, ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil meluahkan keyakinannya terhadap penambahan pemain yang bermain di sebelah kiri pasukan.
"Saya percaya bahawa dia akan menjadi aset yang berharga untuk pasukan sebagai pertahanan dan pemain sayap di sebelah kiri.
"Saya juga melihat potensinya untuk menguatkan dinamik barisan pertahanan, terutamanya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2)," katanya.
Abualnadi juga merupakan pemain kebangsaan Jordan yang telah bermain dengan skuad bawah 23 tahun (B-23) dalam Kejohanan B-23 Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (empat penampilan, dua gol), Pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 AFC (tiga penampilan dan satu gol) serta Kejohanan B-23 AFC.
Musim 2024 merupakan batu loncatan bagi pemain berketinggian 185 sentimeter itu apabila beliau menerima panggilan kebangsaan untuk menyertai kem latihan pada bulan Julai.
Pemain berusia 23 tahun itu kemudian membuat penampilan pertamanya bersama skuad utama Jordan menentang Korea Utara dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 23 Ogos lalu.
Dia juga telah disenaraikan dalam dua perlawanan pusingan ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kuwait dan Palestin baru-baru ini.-Sinar
Stadium Astro
Fri Sep 27 2024
Hajat besar Abualnadi bersama Selangor
Pemain baharu Selangor FC (SFC), Mohammad Abualnadi mengakui teruja dapat menyertai skuad Gergasi Merah bagi mencapai matlamat kelab untuk meraih kejayaan di pentas Asia dan dalam saingan domestik.
Info Siaran Langsung Liga Super: Jadual perlawanan Minggu Ke-12
Jadual perlawanan Liga Super minggu ke-12 (LS12) akan bermula esok.
Pencapaian setiap individu berbeza -- Amirul Husaini
Tiada perasaan cemburu dalam diri penyerang KL Rovers, Amirul Husaini Zamri, melihat kepada pencapaian beberapa rakan seangkatannya dalam kancah Liga Malaysia.
Liga Super: Azam Azmi sedia buru kesebelasan utama Terengganu
Pertahanan Terengganu, Azam Azmi Murad, sudah sedia sepenuhnya untuk kembali rebut kesebelasan utama dalam saingan Liga Super.
Liga Super: Bidoglio puas hati pemain JDT ketepi kepenatan
Kemenangan 6-1 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi nyata menggembirakan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio, yang menyifatkan skuad kendaliannya beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan.
Liga Super: Keletihan tidak halang pemain JDT beraksi cemerlang
Kemenangan 6-1 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, nyata menggembirakan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yang menyifatkan skuad kendaliannya beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan.
Liga Super: Fandi terkilan Tok Gajah gagal raih tiga mata
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui terkilan kerana pasukannya gagal mengambil kesempatan ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas terikat 2-2 pada aksi Liga Super 2024-2025 semalam.
Liga Super: Bekas pemain KL City, Sebastian Avanzini sertai Negeri Sembilan
Bekas pemain Kuala Lumpur City, Sebastian Avanzini, diumumkan sebagai tonggak terbaru pasukan Negeri Sembilan dalam perpindahan kedua Liga Super Malaysia.
Liga Super: Maniam seru PDRM elak dibolosi pihak lawan
'Tolong jangan bolos lagi', Itu rayuan berbentuk arahan dari Ketua Jurulatih PDRM, P. Maniam, selepas terus dibelenggu isu bolos dalam sembilan perlawanan terdahulu menjadikan jumlah keseluruhan 15 bolos setakat ini.
Liga Super: Yusri mampu pastikan Perak kembali raih mata di laman sendiri
“Saya mahu akhiri kemarau kutipan mata di Ipoh”, Pengendali Perak, Yusri Che Lah, enggan kecewa buat kali keempat malam esok menentang KL City dalam aksi Liga Super.
New England Revolution v Nashville SC: Porter holding out hope for playoff spot
Preview: New England v Nashville
Marsh: Australia have 'moved on' from Ashes drama ahead of Lord's return
'Australia have moved on' - Marsh
Postecoglou impressed by Tottenham resilience after early red card
Ange pleased by Spurs reaction
Arsenal overturn first-leg deficit to reach Women's Champions League group stage
Arsenal, Man City into WUCL groups
Tottenham 3-0 Qarabag: Postecoglou's side win Europa League opener despite early red card
Report: Spurs 3-0 Qarabag
Napoli 5-0 Palermo: Five-star hosts cruise into Coppa Italia last 16
Report: Napoli 5-0 Palermo
Celta Vigo 0-1 Atletico Madrid: Super-sub Alvarez snatches last-gasp win
Report: Celta Vigo 0-1 Atletico
Seattle Sounders v Houston Dynamo: Road wins record shows visitors' character – Olsen
Preview: Seattle v Houston
Bompastor hopes to find balance between new philosophy and Hayes' legacy
Bompastor welcomes Hayes comparison
Dyche: Takeover would bring 'stability' and 'clear up noise' at Everton
Dyche: Takeover will clear up noise