Selepas sahaja diumumkan sebagai pemain Kuching City, Hazwan Bakri, yang sebelum ini berehat panjang akibat dari kecederaan lutut sudah mula sertai latihan pertamanya bersama skuad Aidil Sharin.

Bekas pemain Johor Darul Ta'zim itu dilihat memakai nombor 33 pada jersinya, ia mungkin sempena umurnya juga sudah cecah 33 tahun pada 2024.

Kali terakhir Hazwan Bakri beraksi adalah pada pertemuan antara Harimau Selantan menentang Penang pada Disember tahun lalu.





Mungkin kita akan melihat Hazwan Bakri bangkitkan kariernya balik sama seperti Daniel Amier dengan mendapat peluang bermain di Liga Super.