Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Kuala Lumpur City dikenakan hukuman atas kesalahan memberikan deklarasi tidak tepat/tidak benar sewaktu permohonan pelesenan kelab sebelum ini.
"Setelah pendedahan dibuat oleh Pengarah Kelab KL City FC, En Syed Yazid, FIB memulakan siasatan secara menyeluruh bermula dengan semakan melalui sistem AFC CLAS bagi mengesahkan segala deklarasi tunggakan yang menyatakan bahawa tiada sebarang tunggakan sehingga 30 Jun 2023 untuk Lesen Kebangsaan dan 31 Disember 2023 untuk Lesen AFC dengan lampiran surat sokongan daripada agensi kerajaan sebelum penilaian bagi keputusan berkenaan pemberian lesen.
"FIB seterusnya memulakan proses audit dan telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi kelab dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang berlangsung di pejabat KL City FC pada 26 Julai 2024.
"Sesi ini bertujuan untuk menyemak semula kesahihan surat deklarasi kelab, KWSP, LHDN dan PERKESO yang dikemukakan oleh pihak kelab sebelum ini dengan merujuk kepada MFL CLR 2023 dibawah artikel 2.5 “Compliance audits” dan juga untuk menerima maklum balas secara langsung daripada pengurusan kelab mengenai kewujudan percanggahan maklumat deklarasi itu.
"Hasil semakan FIB itu mendapati bahawa dokumen yang diserahkan KL City FC berkenaan caruman LHDN, KWSP dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat/tidak benar berdasarkan pengesahan daripada agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB, di mana agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City FC kepada FIB sebelum ini.
"Maklumat ini jelas bercanggah dengan dokumentasi yang telah diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC.
"Berdasarkan insiden sedemikian, perlu dinyatakan bahawa kelab bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyerahan dokumentasi serta integriti keseluruhan dokumentasi yang diserahkan kepada FIB," kata kenyataan itu.
Atas kesalahan itu, badan bebas, First Insctance Body (FIB) membuat keputusan untuk KL City dikenakan pemotongan enam mata, denda sebanyak RM50,000 dan larangan perpindahan pemain sehingga penhujung musim 2024-25.
Selain itu, KL City juga bakal dikenakan hukuman peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), di mana mereka tidak dibenarkan memohon lesen AFC selama dua kitaran pelesenan kelab (musim 2024-25 dan musim 2025-26), denda sebanyak RM50,000 dan lesen yang diluluskan FIB bagi kitaran pelesenan kelab MFL 2023-2024 bagi musim AFC 2024-2025 dibatalkan.
"Selain itu, sekiranya perlu Ahli Lembaga Pengarah MFL juga boleh mengambil tindakan susulan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh KL City FC ini.
"Oleh itu, pihak FIB berharap kesemua kelab Liga Super dapat mengambil iktibar daripada isu ini supaya tidak mengambil mudah berkaitan maklumat deklarasi yang diserahkan kepada FIB kerana badan bebas itu boleh melakukan semakan semula dan menarik Lesen Kebangsaan atau Lesen AFC sekiranya didapati bersalah dengan merujuk kepada Peraturan Pelesenan Kelab MFL."
Muzaffar Musa
Mon Aug 05 2024
Bintang Manchester United, Joshua Zirkzee menyerlah dalam aksi debut bersama Belanda
Penyerang kelab legenda Manchester United, Joshua Zirkzee merekodkan peningkatan prestasi yang positif dalam kariernya sebagai penyerang Belanda dengan gol pembukaan pada minit ke-13 menentang Bosnia-Herzegovina dalam kempen Liga Negara-Negara.
Mohamadou Sumareh bantu JDT tewaskan Singapura
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Singapura 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Kallang Football Hub, Singapura, semalam.
Final Pestabola Merdeka: Penjualan tiket Malaysia-Lubnan cecah 2,500
Penjualan tiket bagi perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di antara skuad negara menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok dilaporkan sudah mencecah 2,500 keping setakat ini.
Final Pestabola Merdeka: Lubnan bebas kecederaan, lega beraksi malam lawan Malaysia
Lubnan akan menurunkan skuad terbaiknya menjelang aksi final Pesta Bola Merdeka menentang skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Final Pestabola Merdeka: Siaran langsung (live stream) latihan Harimau Malaya
Skuad bola sepak negara akan membuat perhitungan dengan Lubnan dalam final Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9.00 malam esok.
Final Pestabola Merdeka: Bekas tonggak Kedah akui aksi sukar Lubnan lawan Harimau Malaya
Pemain tengah berpengalaman Lubnan, Rabih Ataya, menjangkakan perlawanan sukar menanti pasukannya dalam final Pestabola Merdeka menentang skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Pestabola Merdeka: Kami perlu sedia secara taktikal, mental hadapi Lubnan -- Pau Marti
Harimau Malaya sudah bersedia untuk menentang pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.
Pestabola Merdeka: Lubnan sudah bersedia, kata Radulovic
Ketua jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic, percaya Lubnan sudah membuat persiapan rapi menjelang aksi final Pestabola Merdeka berdepan tuan rumah, Malaysia esok.
Pestabola Merdeka 2024: Info siaran langsung Sidang Media perlawanan akhir Malaysia lawan Lubnan
Skuad bola sepak negara akan membuat perhitungan dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 dengan menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9.00 malam, Ahad ini.
Masalah kewangan punca pemain Kedah boikot latihan
Masalah kewangan dipercayai menjadi antara punca pemain Kedah Darul Aman (KDA) tidak turun berlatih sejak Selasa lalu.
Sky rookie Reese out for season with wrist injury
Chicago Sky rookie Angel Reese will miss the remainder of the WNBA season with a wrist injury
US Open: Sabalenka topples Pegula in Flushing Meadows thriller
Jessica Pegula fought back bravely, but Aryna Sabalenka just had too much for the American in the final of the US Open on Saturday.
United States 1-2 Canada: David helps continue Marsch's impressive run
Jonathan David grabbed a goal and an assist as Canada earned their first win over the United States on American soil since 1957.
Rodri 'will have to start playing', says Spain boss De la Fuente
'Rodri has to start' - De la Fuente
Ronaldo's 900 goals 'an inspiration for football' – Martinez
Cristiano Ronaldo's milestone achievement of 900 career goals must be seen as an "inspiration for football", so says Roberto Martinez.
Arsenal 1-0 Rosenborg: Maanum strike ensures Champions League progression
Arsenal are in the hat for the second round of the Women's Champions League qualifying after a dominant display against Rosenborg.
Nuggets sign Jamal Murray to $208M max extension
Nikola Jokić will have his high-scoring pick-and-roll partner in Denver through the 2028-29 season
Netherlands 5-2 Bosnia-Herzegovina: Zirkzee enjoys dream full debut
The Netherlands overcame their Euro 2024 disappointment in style, putting five past Bosnia-Herzegovina in their Nations League opener.
Germany 5-0 Hungary: Musiala wreaks havoc against Hungary
Jamal Musiala scored and provided a hat-trick of assists to lead Germany to a 5-0 drubbing of Hungary in the Nations League in Dusseldorf.
Kolisi 'had to prove himself' in landmark South Africa triumph
Siya Kolisi sparked South Africa's comeback win over New Zealand, repaying the faith shown in him by head coach Rassie Erasmus.