Unai Emery percaya Aston Villa telah membuktikan bahawa mereka layak bersaing di peringkat Eropah berikutan kemenangan selesa 4-1 di AZ Alkmaar.

Leon Bailey, Youri Tielemans, Ollie Watkins dan John McGinn meledak gol ketika memperagakan aksi Villa dominan dalam kempen Liga Persidangan Europa, awal pagi tadi.

Ia merupakan kemenangan kedua dengan keputusan 4-1 selepas mereka membenam West Ham dan Villa memperoleh kemenangan berturut-turut Kumpulan E itu setelah menghantar mereka ke separuh akhir tahun lalu.

“Jika kami mahu menjadi pencabar, kami perlu menunjukkannya setiap hari dan apabila kami turun beraksi, kami perlu menunjukkan kepada semua orang mengenai keinginan kami. Saya rasa kami berjaya melakukannya,” kata Emery dalam sidang media.



“Kami menghormati AZ Alkmaar kerana mereka bermain menentang West Ham dalam separuh akhir tahun lalu. Mereka menang ke atas Lazio tahun lalu, juga dengan Anderlecht dan ini kerana mereka mempunyai pengalaman dalam pertandingan Eropah.

“Saya sangat gembira dengan pemain saya kerana saya fikir mereka perlu matang, bertanggungjawab dan memacu diri sendiri, bukan disebabkan saya semata-mata. Mereka perlu cuba meningkatkan tahap individu dan kolektif sendiri.”