Ammar Hakim
Fri Nov 15 2024
Sentuhan magis Curtis Jones dalam penampilan sulung membantu England melakar kemenangan 3-0 ke atas Greece sekaligus menghuni puncak Group B2 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA.
Skuad kendalian Lee Carsley mencari peluang untuk melunas dendam di Athens selepas tewas 2-1 di tangan Greece di Wembley. Keputusan itu menyaksikan England mengatasi lawannya dengan perbezaan jaringan dengan masing-masing sudah mengumpul 12 mata.
England bermula dengan langkah kalah apabila Noni Madueke memecut di bahagian sayap kanan, mengatasi empat pemain pertahanan sebelum melakukan hantaran mencari Ollie Watkins untuk meledak gol pembukaan pada minit ketujuh.
Jordan Pickford diminta untuk beraksi cemerlang, menafikan percubaan Kostas Tsimikas sebelum mendakap percubaan Fotis Ioannidis dalam separuh masa kedua.
Ketika Jude Bellingham menggegar tiang gol dengan tandukan pada separuh masa kedua, England terpaksa menunggu sehingga minit ke-77 untuk meraikan gol kedua mereka.
Bellingham bertindak sebagai perancang apabila melakukan hantaran buat Morgan Rogers yang membuka langkah di sebelah kiri sebelum melepaskan percubaan yang terkena tiang gol.
Bola itu melantun semula hingga memaksa Odysseas Vlachodimos untuk melakukan jaringan sendiri.
Jones kemudian melengkapkan kemenangan England apabila menerima hantaran silang Morgan Gibbs-White dan melakukan sentuhan menakjubkan melepasi Vlachodimos.
Liga Negara-Negara UEFA: Aksi cemerlang bintang Liverpool pacu kemenangan England
Sentuhan magis Curtis Jones dalam penampilan sulung membantu England melakar kemenangan 3-0 ke atas Greece sekaligus menghuni puncak Group B2 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA.
UNL: England gugur lapan pemain utama
Trent Alexander-Arnold, Cole Palmer dan Declan Rice antara nama yang digugurkan dalam senarai terbaru skuad England pimpinan Lee Carsley untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) yang akan datang.
Kewarganegaraan tidak penting -- Guardiola terhadap pelantikan Tuchel sebagai jurulatih baru England
'Kewarganegaraan bukan isu pertama' -- Itulah pandangan ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, mengenai pelantikan Thomas Tuchel sebagai pengendali baru England.
Thomas Tuchel pengurus baru England
Bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus baru England, sekali gus muncul individu ketiga bukan berdarah British yang memikul tanggungjawab itu selepas Sven-Goran Eriksson (2001-2006) dan Fabio Capello (2007 -2012).
Pengurus baru England? Ini jawapan Pep Guardiola
Pep Guardiola menolak dakwaan dia telah memutuskan untuk mengambil alih jawatan sebagai pengurus baru England yang seterusnya.
UNL: Carsley minat kekal bimbing England walaupun tak mohon jawatan
Lee Carsley mendedahkan dia tidak memohon untuk jawatan ketua jurulatih England dan enggan menyesal sepanjang tempohnya sementaranya.
Liga Negara-Negara: Lee Carsley tersilap percaturan yang membawa kekalahan England
Carsley memilih untuk menurunkan pasukan tanpa penyerang yang diiktiraf kerana ketiadaan kapten Harry Kane yang cedera, tetapi strategi ini tidak berhasil di padang.
UNL: Jurulatih England sangkal prestasi punca Harry Maguire diketepikan
Lee Carsley menegaskan ketiadaan Harry Maguire daripada senarai skuad England bukan disebabkan prestasi sambil menegaskan bahawa dia masih mempunyai peranan penting untuk negaranya.
UNL: Penampilan ke-100 Harry Kane berikan kemenangan buat England
Bintang Bayern Munich, Harry Kane, membantu England meraih kemenangan 2-0 ke atas Finland dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
900 jaringan Cristiano Ronaldo jadi inspirasi Harry Kane
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, mahu melunaskan kemuncaknya ketika bakal melakukan penampilannya yang ke-100 selepas mengambil inspirasi daripada pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, yang melepasi angka 900 gol sepanjang karier.
Venezuela 1-1 Brazil: Super sub Segovia holds Selecao to shock draw
Report: Venezuela 1-1 Brazil
Kelleher repays Ireland trust in Finland victory
Kelleher repays Ireland trust
France 0-0 Israel: Les Bleus advance despite frustrating Nations League draw
Report: France 0-0 Israel
Victory in Greece signals England are 'moving in the right direction', says Carsley
England 'moving in right direction'
ATP Finals: Sinner completes perfect group stage with Medvedev win
ATP Finals: Sinner perfect in group
Greece 0-3 England: Stunning Jones debut goal helps Three Lions go top
Report: Greece 0-3 England
Belgium 0-1 Italy: Azzurri advance to Nations League quarter-finals
Report: Belgium 0-1 Italy
Man City's clash with Chelsea will decide WSL title, suggests Taylor
City face potential title decider
Haaland and Gyokeres 'not a priority' for Barcelona, says Deco
Striker 'not a priority' for Barca
Cabal becomes second Juventus defender to suffer ACL injury
Juve's Cabal suffers ACL injury