Legenda Liverpool, Alan Hansen, dalam keadaan tenat susulan dimasukkan ke hospital dan sedang bertarung nyawa di wad kecemasan ketika ini.

Buat masa sekarang, tiada maklumat penuh diperoleh semasa dia dikejarkan ke hospital namun, pengurusan juara Piala Liga Inggeris (EFL) itu sedang mendapatkan informasi lanjut melalui keluarganya.

Sebagai rekod, individu berusia 68 tahun itu merupakan watak penting The Reds pada era 1980 yang memenangi kejohanan piala liga sebanyak lapan kali selain tiga trofi Eropah dan dua Piala FA Inggeris sepanjang 14 tahun bersama kelab itu.

Selain itu, Hansen merupakan ketua pasukan kelab tersebut selama empat musim dan sudah menabur bakti dalam 620 penampilan secara keseluruhan.