Ammar Hakim
Sun Nov 13 2022
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, melabel keputusan tidak menyenaraikan Roberto Firmino dalam skuad Brazil ke Piala Dunia sebagai 'kerja gila' susulan membantu pasukan meraih kemenangan 3-1 ke atas Southampton.
Firmino tidak tersenarai dalam skuad 26 pemain kendalian Tite walaupun telah beraksi dalam aksi persahabatan bertemu Ghana dan Tunisia September lalu.
Pemain kelahiran Brazil itu mengetepikan kekecewaannya dengan menjaringkan gol pembukaan bertemu The Saints -- gol tandukkan yang ke-18 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tetapi Klopp mendedahkan sebelum perlawanan bahawa keputusan itu telah memberi kesan kepada Firmino dan turut mengejutkan pengendali kelahiran Jerman itu juga.
"Semestinya ia adalah satu tamparan yang hebat," kata Klopp.
"Bagi saya, ia cukup mengejutkan sejujurnya. Saya gembira kami dapat bersama Bobby, tetapi saya percaya dia layak untuk ke Piala Dunia.
"Dia telah membuktikan kemampuannya dan seorang pemain Brazil yang berbakat dan jika anda mengetepikan pemain seperti Bobby Firmino, ia adalah satu kerja gila.
"Sudah tentu, kami akan bercakap; kami sudah melakukannya, dan mungkin akan melakukannya lagi. Dia baik-baik saja tetapi, seperti yang semua orang boleh bayangkan, sangat kecewa."
Firmino telah menjaringkan sembilan gol dan empat bantuan jaringan musim ini termasuk tujuh gol dalam saingan EPL.
Klopp turut mengesahkan kelab dan Firmino dalam perbincangan untuk kontrak baru, dengan kontrak semasa bakal tamat Jun tahun depan.
EPL: Arne Slot bangga Darwin Nunez selamatkan maruah Liverpool
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, memuji ketangkasan pemain Uruguay, Darwin Nunez, yang menjadi wira menjaringkan gol pada minit akhir buat pasukannya meraih kemenangan dramatik 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
Nasihat Neville kepada Liverpool tentang Nunez
Juara lapan kali Liga Perdana Inggeris (EPL), Gary Neville, melabel penjualan penyerang, Darwin Nunez, boleh merencatkan momentum Liverpool.
Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp anjur parti jika gelaran EPL Man City ditarik semula
Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, bakal menganjurkan pesta di Mallorca, Sepanyol jika gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City ditarik berikutan siasatan terhadap 115 pertuduhan mereka.
EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
Piala EFL: Arne Slot yakin 99.9% pengadil menyesal tidak beri Lucas Bergvall kad merah
Arne Slot berang keputusan pengadil, Stuart Attwell yang tidak melayangkan kad kuning kedua kepada Lucas Bergvall beberapa saat sebelum dia menjaringkan gol tunggal perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL).
Piala EFL: Kapten Liverpool tak puas hati dengan 'budak 18 tahun' Tottenham Hotspur
Kapten Liverpool, meluahkan rungutannya terhadap pemain muda Tottenham Hotspur, Lucas Bergvall, yang tidak dibuang padang sebelum menjaringan gol kemenangan pada minit akhir untuk menewaskan The Reds 0-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala EFL, awal pagi tadi.
Piala EFL: Selepas seri berdepan Manchester United, Liverpool dimalukan Tottenham
Lucas Bergvall muncul wira Tottenham Hotspurs selepas jaringan lewatnya memacu pasukannya membawa bekalan tipis selepas menewaskan Liverpool 1-0 saingan Piala EFL di laman sendiri, awal pagi tadi.
EPL: Liverpool perlu segera sambar Milos Kerkez dari Bournemouth
Liverpool dalam radar pasaran untuk bek kiri baru dan Bournemouth mungkin telah membuka pintu untuk memburu Milos Kerkez selepas mereka melengkapkan pembelian Julio Soler.
Elon Musk berminat beli Liverpool
Elon Musk dikhabarkan berminat untuk membeli pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, menurut penjelasan yang dimaklumkan oleh bapa jutawan itu, Errol Musk.
EPL: Ini lapan pemain bakal 'angkat kaki' dari Liverpool
Liverpool akan membenarkan beberapa pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan untuk jendela perpindahan Januari, dengan kelab dijangka memberi lebih banyak pinjaman khususnya.
West Ham's Cornet completes Genoa loan switch
Cornet joins Genoa on loan
'How many times did he save us?' - Maresca defends Sanchez after Wolves error
Maresca defends Sanchez after error
Sahin aiming to rectify Bundesliga woes with Champions League win
Sahin looking for response
Chelsea 3-1 Wolves: Maresca's side return to top four after ending winless streak
Report: Chelsea 3-1 Wolves
Leverkusen's Champions League clash at Atletico a must-win, says Alonso
Alonso: We must beat Atletico
Motta hails Juve youngsters ahead of Brugge clash
Motta hails Juventus youngsters
Barcelona boss Flick plays down Champions League title talk
Flick focused only on Benfica
Carragher: Amorim's Man United comments 'bizarre and ridiculous'
Carragher: Amorim comments bizarre
'Far too early' to say Liverpool are best in the world, says Slot
Slot responds to Frank compliment
Man City bolster defensive ranks with Khusanov signing from Lens
Khusanov completes Man City move