Perak munurunkan kesebelasan terbaik bagi melayan kunjungan Kuala Lumpur City yang akan berlangsung di Stadium Perak, malam ini.

Haziq Nadzli diberi mandat sebagai benteng terakhir skuad The Bos Gaurus selepas mengelak permainan tanpa dibolosi pada minggu lalu dan bakal menggalas tanggungjawab sama mengekang asakan pasukan lawan yang diketuai Jovan Motika.

Kecemerlangan Ariff Ar-Rasyid menjadi nadi utama pasukan Yusri Che Lah sambil dibantu oleh Wan Zack Haikal dan Azfar Fikri untuk mencari jaringan buat skuad tuan rumah.


Rentak kemenangan yang diperoleh Kuala Lumpur City susulan membelasah Kedah minggu lalu menjadi tonik terbaik skuad Warga Kota untuk memperbaiki kedudukan carta Liga Super Malaysia.

Formasi 4-2-3-1 digunakan oleh Miroslav Kuljanac untuk mengawal permainan yang menyaksikan Zhafri Yahya dan Brendan Gan ditugaskan mencari peluang untuk menewaskan Perak.