Empat lelaki yang memakai topeng telah mencuri barangan elektrik di kediaman mereka sebelum melarikan diri, namun isteri dan dua anaknya tidak dicederakan.
Kejadian itu berlaku ketika Vertonghen bersama Spurs berkunjung ke RB Leipzig minggu lalu dan tewas 0-3 dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Jurucakap Tottenham berkata: "Mereka memakai topeng dan membawa senjata termasuk pisau dan parang. Mereka mahu mengetahui di mana wang dan barang berharga disimpan.
"Isteri Jan sangat terkejut dan menuruti permintaan perompak. Kumpulan itu menggeledah rumahnya sebelum melarikan diri dengan barangan elektronik.
"Keluarga itu dalam kejutan apatah lagi Jan tiada di rumah kerana bersama skuad Spurs.
"Polis telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian. Sesetengah pegawai pula mengunjungi kejiranan Jan bagi memberi amaran kepada orang ramai dan bertanya sama ada terdapat saksi kerana keluarga Jan bukan satu-satunya mangsa memandangkan perompak menyasarkan sekurang-kurangnya satu jiran lagi."
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan: "Polis telah dipanggil ke alamat kediaman di NW3 pada pukul 7.49 malam Selasa, 10 Mac lalu atas laporan kecurian.
"Empat lelaki dilaporkan memakai topeng, bersenjatakan dengan pisau telah memasuki kediaman itu dan mencuri beberapa barangan sebelum pergi.
"Tiada siapa yang cedera. Perompak telah meninggalkan tempat kejadian sebelum pegawai keselamatan tiba.
"Tiada tangkapan dibuat. Siasatan akan diteruskan."