Stadium Astro
Fri Aug 16 2024
Ange Postecoglou berkata Yves Bissouma perlu mendapatkan semula kepercayaannya selepas mengesahkan pemain tengah Mali itu telah digantung Tottenham bagi perlawanan pembukaan bertemu Leicester awal pagi Selasa selepas dia dilihat menyedut 'gas ketawa' hujung minggu lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan telah memohon maaf dalam satu video selepas dia menyedut nitrus oksida atau lebih dikenali sebagai 'gas ketawa'.
Tottenham mengumumkan mereka telah membuka siasatan dalaman dan Postecoglou berkata semalam bekas pemain tengah Brighton itu telah dikenakan penggantungan satu perlawanan sebagai hukuman.
“Masih terdapat sekatan yang terlibat dan sebahagian daripadanya bersifat untuk mendidik. Dia seorang pemain bola sepak yang mempunyai tanggungjawab,” kata pengurus Spurs itu.
“Dia tidak akan beraksi pada perlawanan pembukaan. Kami telah menggantungnya daripada perlawanan tersebut. Dia perlu mendapatkan semula kepercayaan daripada saya dan pasukan. Pintu terbuka untuknya dan kami boleh membantunya menyedari keputusan yang dibuatnya memberi kesan kepada kumpulan.”
Ditanya bagaimana Bissouma boleh mendapatkan semula kepercayaannya, Postecoglou berkata: “Semestinya berdasarkan kelakuannya. Ia semudah itu. Ia mengenai membuat keputusan yang lebih baik. Dia sangat memohon maaf kepada saya, kelab dan semua orang yang terlibat tetapi itu hanya sebahagian daripadanya. Saya fikir cara terbaik ialah kesedaran dan pendidikan, dan memahami kesan daripada membuat keputusan seperti itu."
EPL: Postecoglou puji Ten Hag menjelang aksi getir di Old Trafford
Ange Postecoglou percaya Erik ten Hag telah menjalankan 'tugas yang hebat' di Manchester United menjelang kunjungan Tottenham ke Old Trafford esok.
EPL: Kami bukan robot -- Son Heung-min
Kapten Tottenham, Son Heung-min, menyuarakan kebimbangannya susulan peningkatan jumlah perlawanan yang pemain perlu beraksi dengan menjelaskan bahawa rakan sepasukannya 'bukan robot'.
EPL: Kata-kata semasa separuh masa suntik semangat Leicester -- Vardy
Jamie Vardy berkata, perbualan dalam separuh masa telah memberikan inspirasi kepada Leicester City untuk memperoleh keputusan seri menentang Tottenham selepas dia berasakan mereka menunjukkan terlalu hormat kepada pelawat pada separuh masa pertama.
EPL: Vardy kembali ke pentas elit dengan gol buat The Foxes
Jamie Vardy menghukum Tottenham yang membazirkan peluang ketika pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Leicester City, memulakan era bimbingan Steve Cooper dengan keputusan seri 1-1 di Stadium King Power.
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Ange Postecoglou berkata Yves Bissouma perlu mendapatkan semula kepercayaannya selepas mengesahkan pemain tengah Mali itu telah digantung Tottenham bagi perlawanan pembukaan bertemu Leicester awal pagi Selasa selepas dia dilihat menyedut 'gas ketawa' hujung minggu lalu.
Mo Salah cipta sejarah baru Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila dia menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, akan selama-lamanya meletakkan Tottenham di tempat yang istimewa dalam hatinya selepas memimpin The Blues meraih kemenangan 2-0 ke atas bekas kelab kendaliannya awal pagi tadi.
Kemarau trofi tarik perhatian Ange Postecoglou sertai Tottenham
Ange Postecoglou berkata peluang untuk menamatkan kemarau trofi Tottenham dan menjadi tarikan ujtama untuk menerima jawatan sebagai ketua jurulatih Spurs.
Ange Postecoglou nilai peluang Manchester United kejar Tottenham
Ange Postecoglou mempunyai jawapan yang unik apabila ditanya sama ada Manchester United boleh mengejar pasukan Tottenham sebelum akhir musim ini.
Ange Postecoglou puji Son Heung-min atasi keletihan sebelum pastikan kemenangan Spurs
Ange Postecoglou memuji standard tinggi kapten Tottenham yang dalam 'kepenatan', Son Heung-min, selepas gol lewatnya memperoleh kemenangan 2-1 di tempat sendiri ke atas Luton.
Fulham full of confidence for Palace trip after dramatic derby win
Preview: Crystal Palace v Fulham
Sparta Prague 1-2 Brest: Visitors continue flying start among Europe's elite
Report: Sparta Prague 1-2 Brest
'Obvious' Arsenal should have had penalty before Inter, claims Arteta
Arteta fumes at 'harsh' calls
Leeds lose at Millwall as another stalemate stalls Sunderland
Leeds lose as leaders held
Feyenoord 1-3 Salzburg: Austrians up and running in Champions League
Report: Feyenoord 1-3 Salzburg
Stuttgart 0-2 Atalanta: Lookman and Zaniolo end year-long unbeaten home run
Report: Stuttgart 0-2 Atalanta
Bayern Munich 1-0 Benfica: Musiala gets hosts' UCL campaign back on track
Report: Bayern 1-0 Benfica
Paris Saint-Germain 1-2 Atletico Madrid: Last-gasp winner leaves PSG outside top 24
Report: PSG 1-2 Atletico Madrid
Red Star Belgrade 2-5 Barcelona: Lewandowski brace helps Blaugrana to comfortable win
Report: Red Star 2-5 Barcelona
Inter 1-0 Arsenal: Calhanoglu on the spot as Gunners lose again
Report: Inter 1-0 Arsenal