ARGENTINA 1 COLOMBIA 0

Argentina melebarkan rekod tanpa kalah kepada 29 perlawanan berturut-turut selepas Lautaro martinez menjaringkan gol pada minit ke-29 untuk menjamin kemenangan 1-0 mereka ke atas Colombia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di Cordoba sebentar tadi.

Martinez menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-19 selepas menerima lintangan Marcos Acuna, sekali gus memastikan Argentina -- yang telah mengesahkan kelayakan ke kejohanan utama -- mengumpulkan 35 mata daripada 15 perlawanan pusingan kelayakan selain merekod 13 kemenangan daripada 15 perlawanan terakhir.

La Albiceleste beraksi tanpa kelibat bintang utama, Lionel Messi, tetapi mendapatkan kembali khidmat ketua jurulatih, Lionel Scaloni, yang baru pulih daripada jangkitan COVID-19.

Malang berterusan buat Colombia, di mana mereka kekal bergelut sepanjang tujuh perlawanan terakhir kempen kelayakan itu tanpa seberang kemenangan dan jaringan.