Selepas berjaya mengekalkan lima kemenangan bersih dalam aksi terkini, Portugal terus mencipta sensasi dengan menewaskan Iceland 2-0 pada aksi Kumpulan J Pusingan Kelayakan Euro 2024 Jerman yang dilangsungkan di Jose Stadio Alvalade.

Bruno Fernandes berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan pembukaan pada minit ke-37, selepas gerakan satu-dua cantik antara Bruno dan Bernando Silva.

Separuh masa pertama berakhir dengan kelebihan 1 kosong kepada Portugal.

Bersambung babak keduam Ricardo Horta menambah derita pelawat dengan gol kemenangan pada minit ke-66.

Keputusan tersebut menyaksikan pasukan tuan rumah unggul dengan 30 mata, 8 mata meninggalkan pencabar terdekat Slovakia di tangga kedua disusuli Luxembourg pada tangga ke-3.