Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia melantik badan pengawal untuk melaksanakan audit akaun penganjuran Sukan Komanwel 2026 sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menganjurkan temasya sukan itu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira semua maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh sukan.
“Paling utama KBS mahu memastikan tata kelola yang betul dipatuhi, pengurusan kewangan yang telus, segala kos serta belanja direkodkan dengan teratur supaya akaun penganjuran boleh ditutup dengan pantas dan baik.
“Saya percaya keputusan yang bakal diambil jemaah menteri akan mengutamakan kepentingan negara tanpa membelakangkan rakyat selari agenda Madani,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai keputusan kerajaan terhadap tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).
Sebelum ini media melaporkan, badan persekutuan sukan itu menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri ekoran peningkatan kos penganjuran daripada $AU2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada $AU7 bilion (RM21.78 bilion).
Dalam pada itu Hannah memaklumkan, setakat ini kerajaan masih belum mengambil sebarang keputusan dalam isu tawaran penganjuran temasya sukan tersebut.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara itu akan diteliti dan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pada Jumaat ini.
"Namun KBS berpendirian akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dengan tidak membazirkan wang pembayar cukai sekiranya kerajaan bersedia untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026.
“Kita akan pastikan pendekatan konservatif diambil setiap kali melibatkan duit rakyat. Jika kerajaan bersetuju untuk menganjurkannya, KBS mencadangkan perbelanjaan tidak melebihi geran yang diberikan oleh CGF.
“Mengambil kira wang pembayar cukai terpaksa digunakan, mungkin pilihan terbaik yang akan diambil oleh kerajaan ialah tidak menganjurkannya. Yang ini kita kena tunggu keputusan Kabinet,” ujarnya.-Sinar
Stadium Astro
Thu Mar 21 2024
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN -- Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim mendapat rawatan terbaik secara percuma di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai menghargai jasa pemain 26 tahun itu kepada negara.
Krisis ketandusan kejayaan sukan Malaysia, ketiadaan pengganti berada pada paras waspada
Krisis ketandusan kejayaan sukan Malaysia menuntut kerjasama yang erat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
TERKINI: Malaysia tidak setuju terima tawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan keputusan Kerajaan tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
KBS sedia lantik badan audit akaun penganjuran Sukan Komanwel 2026
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia melantik badan pengawal untuk melaksanakan audit akaun penganjuran Sukan Komanwel 2026 sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menganjurkan temasya sukan itu.
Program Fast Track -- persiapan awal menuju Olimpik 2028
Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) mengumumkan sebuah program bagi persediaan ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 sudah pun bermula.
Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda oleh Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) bagi tahun 2024.
KLAS Renang Percuma Kanak-Kanak B40
Melahirkan perenang elit bukannya mudah ditambah kos untuk belajar renang bukannya murah, ada yang menelan belanja hingga ribuan ringgit sebulan.
KBS sahkan hoki 5s akan terima peruntukan kerajaan
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan bahawa skuad hoki 5s negara akan menerima perntukan kerajaan bagi mengembangkan cabang sukan baru itu.
Tayangan Skrin Besar: Moh le bersantai sambil menyokong di Home of Harimau Malaya pada malam ini
Sempena cuti Hari Thaipusam di Lembah Klang, moh le ke lokasi-lokasi Tayangan Skrin Besar anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) malam ini.
Piala Asia: KBS perluas Tayangan Skrin Besar ke seluruh negara
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama memberi sokongan kepada Harimau Malaya dalam Piala Asia 2023 menerusi kempen Tayangan Skrin Besar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JSBN) menyediakan tayangan ‘Big Screen’ (skrin besar) di lokasi terpilih.
Soucek dedicates win over Luton to 'unbelievable' departing manager Moyes
West Ham manager David Moyes bowed out with a win on home soil, much to the joy of midfielder Tomas Soucek.
Brighton draw could prove a 'valuable point' for Newcastle, says Howe
While Eddie Howe acknowledged shortcomings in Newcastle's performance against Brighton, he was satisfied to claim a point.
Kompany looking to start next season's preparations immediately following Burnley's relegation
Micky van de Ven's late goal confirmed Burnley will be playing in the Championship next season.
Nadal facing difficult decision over French Open involvement
Nadal faces French Open decision
Wolves 1-3 Crystal Palace: Olise inspires in-form Eagles to another victory
Crystal Palace maintained their excellent form with another win over Wolves at Molineux, leapfrogging their opponents in the table.
Bournemouth 1-2 Brentford: Wissa wins it after frantic finish
Bournemouth 1-2 Brentford
West Ham 3-1 Luton Town: Hatters on the brink after second-half turnaround
Report: West Ham 3-1 Luton Town
Tottenham 2-1 Burnley: Clarets down as Van de Ven boosts Spurs' top-four hopes
Burnley have been relegated from the Premier League after just one season following a 2-1 defeat away at Tottenham on Saturday.
Everton 1-0 Sheffield United: Toffees extend unbeaten run
Abdoulaye Doucoure scored the only goal as Everton saw off bottom-place Sheffield United at Goodison Park.
Newcastle United 1-1 Brighton: Longstaff salvages point for Magpies
Newcastle United miss the chance to tighten their grip on a Europa League place after a draw in their final home game of the season.