Jurulatih berpenggalaman, Jose Mourinho, mendedahkan beberapa konflik hangat ketika dia menjadi pengurus pasukan Manchester United lima tahun lalu dimana kelab itu terlalu banyak membebankan dia dengan tanggungjawab yang banyak selain pengurusan organisasi yang tidak teratur sebelum ini.

Dia merupakan jurulatih kepada Red Devils sejak Mei 2016 hingga Disember 2018 lalu dimana dalam musim pertamanya, dia berjaya merangkul Piala Carabao dan menjuarai Liga Eropah UEFA sebelum ini.

Selepas kali terakhir mengendalikan Roma, kini dia masih berstatus bebas tanpa menjadi jurulatih buat mana-mana kelab.

"Saya adalah jurulatih di Inter Milan, Real Madrid, Chelsea dan Porto. Di beberapa kelab lain saya bukan jurulatih perkara itu amat sukar sebagai seorang jurulatih.

"Kini saya tidak mempunyai kelab, saya bebas tetapi saya mahu bekerja pada musim panas dan saya mahu bekerja. Pasukan Portugal? Tidak mustahil terutamanya dalam bola sepak.

"Hidup saya adalah bola sepak, saya boleh melatih di mana-mana dan saya tidak mempunyai masalah." katanya.