Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan ketibaan penjaga gawang baru, Christian Abad Amat, sebentar tadi.

Selepas kehadiran pemain Korea Selatan, Park Jun-heong, dan pemain Perancis, Enzo Lombardo, semalam, Christian Abad Amat muncul pemain baru ketiga yang akan menyertai juara 10 kali Liga Super berturut- turut itu.




Pemain dari pasukan Elche CF berusia 18 tahun itu dijangkakan akan memberi saingan sengit dalam perebutan penjaga gol utama bersama Syihan Hazmi.