Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu perkongsian hari ini menjelaskan sudah mengenal pasti enam hingga tujuh pemain warisan yang berpotensi untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya menjelang Kelayakan Piala Asia 2027.

Pemilik Johor Darul Ta'zim itu turut berharap Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pasport agar pemain itu dapat beraksi buat skuad kebangsaan.

Anak buah Peter Cklamovski bakal membuka kempen dalam saingan Kumpulan F berdepan Nepal -selain akan turut membuat perhitungan bersama Vietnam dan Laos dalam kumpulan sama- pada 25 Mac ini.




Untuk rekod, ranking skuad Harimau Malaya kini melonjak enam anak tangga daripada berada di tangga ke-138 untuk berada di kedudukan ke-132.

"Kami telah mengenal pasti enam hingga tujuh pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.

"Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif." katanya.