Pasukan berpangkalan di selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi seakan-akan meninggalkan petunjuk bagi pengambilan pemain terbaru mereka, Dion Cools yang sebelum ini berpangkalan di Thailand untuk pasukan Buriram United.

Tular dalam satu video hantaran milik akaun rasmi JDT di aplikasi X, yang sepatutnya ingin memperkenalkan kepulangan Fernando Forestieri ke dalam skuad untuk musim 2024/2025 selepas diumumkan kontraknya tidak disambung awal tahun lalu.


Namun, lain pula yang mencuri tumpuan peminat sukan bola sepak tanah air apabila terdapat satu babak ketua jurulatih, Hector Bidoglio menekan suis lampu dan suis penghawa dingin di sebelahnya memaparkan petunjuk seperti '21' dan 'COOL'.

Masih tiada pengumuman rasmi dari pasukan itu, segala petunjuk yang diberikan hanyalah khabar angin dan konspirasi peminat semata-mata.